Rabu, 20 Oktober 2010

Wasiat Nabi kepada Muazd bin jabal

Rasulullah s.a.w. telah mewasiatkan kepada saya mengenai sepuluh perkara. (1)Jangan menyengutukan Allah dengan sesuatu apapun walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar. (2)Jangan kamu menderhakai kedua-dua ibu bapa kamu meskipun mereka menyuruh kamu berpisah dengan isteri dan harta-benda kamu. (3)Janganlah kamu meninggalkan solah fardu dengan sengaja kerana sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan solah dengan sengaja maka dia terlepas daripada tanggungjawab Allah S.W.T. (4)Jangan sekali-kali minun arak kerana perbuatan ini adalah punca segala maksiat. (5)Jauhilah diri kamu daripada perbuatan maksiat kerana perbuatan ini akan menyebabkan kemurkaan Allah S.W.T. (6)Jangan lari dari medan pertempuran walaupun semua rakan kamu telah terbunuh. (7)Jangan berpindah dari tempat berlakunya kematian akibat wabak yang sedang merebak seperti taun dan sebagainya. (8)Belanjalah untuk keluarga kamu mengikut kemampuan kamu. (9)Jangan kamu mengelak daripada merotani anak-anak sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik. (10)Takutkan mereka (anak-anak) kepada Allah S.W.T."
Hadith riwayat Imam Ahmad dan Tabarani

Tidak ada komentar:

Posting Komentar